Archive for the ‘1.01 Menu Utama’ Category

1.01 Menu Utama

Posted: January 13, 2013 in 1.01 Menu Utama

1.01 Halaman Utama

Ini adalah menu utama Erepublik setelah anda log masuk.

eRepublik

Dalam halaman ini, kita akan belajar perkara asas tentang Erepublik. Mengetahui di mana setiap perkara dalam Erepublik akan membantu anda untuk mempunyai keseronokan yang lebih besar dalam permainan ini. Mari kita lihat beberapa maklumat asas yang perlu anda pelajari sebelum memulakan perjalanan anda dalam Erepublik!

Maklumat Asas

Dalam halaman utama Erepublik ini, anda akan melihat paparan seperti menu permainan, informasi profil, perintah harian Unit Tentera, kempen ketenteraan, modul suratkhabar dan juga paparan mesej yang berfungsi sebagai “shoutbox” di mana anda boleh menaip mesej kepada rakan-rakan, memberi perintah harian tentera unit dan juga mempromosikan parti politik.

Jom kita lihat maklumat asas dalam Erepublik ini:

1. Menu Permainan

menu bar

Di paparan menu permainan ini terdapat 5 sub menu untuk anda ketahui kerana dalam menu-menu ini terdapat pelbagai kategori penting semasa bermain permainan Erepublik ini.

My Places – Dalam “My Places” terdapat beberapa pautan ke bangunan tempat kerja, latihan ketenteran, penyimpanan barang-barang makanan dan senjata dan juga pilihan untuk menaik taraf bangunan khas anda. Klik “My Places” ini untuk maklumat selanjutnya.

Wars – Menu ini akan menunjukkan anda tentang kempen peperangan yang berlaku di negara anda dan juga di seluruh dunia Erepublik. Maklumat selanjutnya di artikel “4.03 Kancah Perang dan Modul Militari”.

Market – Market atau Pasaran adalah penting dalam Erepublik kerana ia adalah satu tempat di mana pemain-pemain boleh berurusniaga dengan pemain lain untuk mendapatkan wang untuk membeli makanan dan senjata.

Community – Di sini pemain boleh mendapat maklumat penting mengenai dunia Erepublik seperti peta dunia Erepublik, parti politik, pilihanraya, unit tentera, senarai kedudukan pemain, pautan jemputan pemain baru dan juga lencana atau gambar pautan Erepublik untuk tujuan mempromosikan permainan Erepublik.

Gold and Extras – Halaman ini adalah untuk pemain-pemain membeli gold dengan menggunakan matawang sebenar dengan tujuan untuk pemain membeli barang-barang khas yang tidak dijual di Pasaran Erepublik. Barang-barang tersebut adalah seperti bar tenaga, peralatan bazooka dan banyak lagi. Kebanyakkan barang –barang tersebut hanya keluar pada masa promosi sahaja.

Screenshot_1

promotion

Barangan khas yang dijual semasa promosi.

Sekarang kita ke maklumat asas yang seterusnya iaitu:

1. Profil Pemain – Info tentang warganegara dengan avatar anda, negara di mana anda tinggal, kesihatan semasa anda, wang anda, misi bahawa anda belum selesai, mel yang belum dibaca, amaran semasa dan butang log keluar.

player profile

2. Perintah Harian Unit Tentera – Perintah harian yang dikeluarkan oleh ketua unit tentera.

daily order

3. Kempen Ketenteraan – Kempen ketenteraan yang menjadi prioriti negara; dan ianya hanya ditetapkan oleh presiden negara tersebut.

military campaign

4. Paparan Suratkhabar – Memaparkan maklumat terkini yang dituliskan oleh pemain.

top news

 

Anda juga digalakkan untuk untuk menyemak “More News” bagi melihat artikel-artikel lain terutamanya yang masih kurang ‘votes’ kerana ianya baru disiarkan.

5. Paparan Mesej – Berfungsi sebagai “shoutbox” di mana anda boleh menaip mesej kepada rakan-rakan, memberi perintah harian tentera unit dan juga mempromosikan parti politik.

my feeds

Sekarang mari kita ke artikel seterusnya dimana kita akan belajar bagaimana untuk memulakan hidup kita di Erepublik. Klik Memulakan Hidup

*Maaf la ya kerana gambar tu ada bahasa cina sebab karakter aku tinggal di eChina buat sementara waktu…hehehe..nanti aku update la gambar tu ke eMy… 😀