Archive for the ‘1.06 Experience’ Category

1.06 Experience

Posted: January 13, 2013 in 1.06 Experience

Experience points (EXP) ialah mata kutipan untuk anda naik Level.

Tahap Level anda akan menentukan kelayakan anda untuk terlibat dalam modul mainan selanjutnya; serta menentukan Division militari anda (*akan diterangkan dalam tajuk militari)

Pada peringkat awal, sedikit sahaja EXP yang perlu untuk naik level, namun selepas Level 27 dan seterusnya anda perlu 5000 EXP sebelum naik Level.

Setiap kali Level anda meningkat, anda akan mendapat ganjaran 1 Gold.

Berikut ialah aktiviti yang boleh mendatangkan EXP:

  • Berkerja (2 mata)
  • Berkerja di syarikat sendiri (2 mata pada setiap perusahaan)
  • Training (2 mata)
  • Sempurnakan tugasan harian (Daily Task), iaitu berkerja dan Training (1 mata)
  • Berperang (1 mata bagi setiap 10 energy yang susut, setelah tekan butang “fight”)
  • Mengundi pada mana-mana pilihanraya (5 mata)
  • Memenangi kerusi Kongres (20 mata)
  • Memenangi kerusi Presiden Negara (50 mata)

Mata EXP tidak akan pernah susut dalam apa jua keadaan; ia akan terus meningkat selagi anda bermain.

Pada permulaan anda hanya berstatus “Young Citizen”.

Anda perlu menyempurnakan misi “Become an Adult” untuk membuka beberapa ciri baru dalam permainan. Sebagai “Adult” anda boleh:

»       Melibatkan diri di dalam jual-beli pasaran wang (Monetary Market)

»       Mengundi pada pilihanraya

»       Menghantar lebih dari satu mesej personal (PM) setiap 15 minit

»       Menjual produk di pasaran

»       Membeli produk di pasaran tanpa had

»       Boleh membuat derma (Donation) kepada pemain lain

»       Mengupah pekerja untuk berkerja di syarikat anda

Di dalam proses anda menjadi “Adult” itu, peningkatan Level anda juga akan membuka ruang yang baru juga, seperti yang dinyatakan pada jadual di bawah:

Level

Experience yang perlu untuk Levelling

Keistimewaan

1 0 Eat – Work – Train – Fight
2 10 tiada
3 20 tiada
4 35 Membeli makanan Q2 hinga Q7
5 50 tiada
6 70 tiada
7 90 Boleh berpindah residens
8 110 Mengumpul Gold dari tajaan
9 130 Menerbitkan akhbar
10 150 tiada
11 180 tiada
12 210 Buy FRM and WRM – Build companies
13 240 Join a political party
14 270 Mengundi
15 300 Mencalonkan diri untuk Kongres – Melihat paparan statistic perang (Battle Stat)
16 335 Menubuhkan parti – Mencalonkan diri untuk pilihanraya sebagai Presiden Parti
17 370 Menyokong perang pembebasan (Resistance War)
18 410 Mencalonkan diri sebagai Presiden Negara
19 450 tiada
20 500 tiada
21 1000 tiada
22 1500 tiada
23 2000 tiada
24 3000 tiada
25 5000 tiada
26 7000 tiada
27 10000 tiada
28 15000 tiada
Level selanjutnya + 5000 dari sebelumnya tiada