Archive for the ‘1.08 Medal’ Category

1.08 Medal

Posted: January 13, 2013 in 1.08 Medal

Medal ialah anugerah yang anda terima setelah menyempurnakan suatu tahap pencapaian.

Sesetengah darinya adalah mudah serta berkala, manakala ada juga yang susah dicapai.

Pekerja Rajin (Hard Worker Medal)

Medal ini yang lumrah diperolehi iaitu setiap kali kita bekerja selama 30 hari.

Berkerja di syarikat sendiri pun boleh.

(Dulu kena 30 berturut, miss sehari start zero semula. Sekarang mudah je…)

Ahli Kongres (Congress Member Medal)

Jika anda berminat dengan hidup berpolitik, ini ialah medal untuk anda.

Anda perlu memenagi kerusi pilihanraya kongres.

Presiden Negara (Country President Medal)

Medal ini agak susah berbanding yang tadi. Iaitu apabila anda terpilih sebagai Presiden Negara di dalam pilihanraya presiden. Tiada pilihan melainkan anda seorang ahli politik yang cekap serta mampu menonjolkan kepimpinan mantap.

Media Mogul Medal

Jika anda berbakat dalam penulisan dan penerbitan media maka anda berepeluang meraih pingat anda jika terdapat 1000 pengikut (subscriber) akhbar anda

 

Advertisements